Sunday, January 21st, 2018

2 pejuang Hezbollah maut pertempuran puak Syiah-Sunnah

Published on August 25, 2010 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

BEIRUT 25 Ogos – Dua orang dilaporkan maut dimana salah seorang adalah seorang pejuang Hezbollah, manakala beberapa orang lagi cedera ketika pertempuran meletus antara pengikut gerakan Syiah dan penyokong puak Sunnah semalam.

Pejuang Hezbollah dikenali sebagai Mohammed Fawaz terbunuh dalam pertempuran yang berlaku di Burj Abu Haidar, Beirut dimana bom tangan dan senjata api lain turut digunakan.

Tentera Lubnan dikerah bagi meredakan pertempuran itu.

Menurut laporan pihak hospital, lebih 20 orang telah ditempatkan di beberapa hospital berdekatan setelah mengalami kecederaan serius. – DPA

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan