Khalid perjelas dipanggil Sultan Selangor

January 22nd 2010 | Posted by editor

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj menitahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad supaya mengusahakan suatu cadangan enakmen berkaitan masyarakat bukan Islam di negeri itu.

Penjelasan Khalid itu sekaligus menafikan bahawa beliau dititahkan ke istana disebabkan vokal dalam isu kalimah ‘Allah’ sebagaimana yang dilaporkan beberapa media massa.

“Sekakat ini, bukan isu kalimah ‘Allah’, Sultan lebih bertitah (tentang) enakmen-enakmen berkaitan orang bukan Islam,” jelas Khalid ketika dihubungi petang tadi.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik PAS Pusat menganggap Sultan Sharifuddin sebagai seorang pemimpin yang bersikap toleransi dalam melihat beberapa isu mutakhir yang membabitkan umat Islam dan masyarakat bukan Islam di Selangor.

Menurut Khalid, Sultan menitahkan PAS serta Pakatan Rakyat di Selangor supaya memanfaatkan prosedur undang-undang yang ada, sekiranya berhasrat membuat sebarang perubahan.

“Kalau berasa apa-apa yang tidak sesuai dan memerlukan rombakan pada enakmen, maka ikut prosedur.

“Tuanku menitahkan kita untuk membuat proposal dan jelaskan mengapa perlu rombakan enakmen-enakmen (berkaitan masyarakat) bukan Islam,” jelasnya.

Jelasnya lagi, Sultan tidak gembira dengan perubahan menggunakan pendekatan berceramah.

“Istana tidak suka (pendekatan) ceramah-ceramah ini (kerana) ia memanjangkan kekacauan berterusan,” jelasnya.

Menjunjung titah Sultan Sharafuddin, beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam bersedia memanjangkan hasrat Tuanku Sultan kepada para pemimpin PAS di peringkat negeri.

“Saya menjunjung titah tersebut dan akan berbincang dengan pemimpin PAS, jadi proposal ini bukan daripada saya, tetapi biar datang dari PAS secara rasmi,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Khalid menjelaskan bahawa niat bertemu Tuanku Sultan diusahakan sejak November tahun lalu lagi.

Kesempatan mengadap Tuanku Sultan pagi tadi, menurut beliau, digunakan untuk menjelaskan beberapa proses pembangunan serta pembaharuan yang dibangunkan di Shah Alam.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid juga dilaporkan membuat penafian kononnya cuba menghina Tuanku Sultan dengan mempertikai penglibatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam suatu demonstrasi berkaitan isu kalimah ‘Allah’ di perkarangan Masjid Negeri, Shah Alam.

Isnin lalu pula, lebih 16 badan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan membuat aduan polis berhubung isu tersebut.

Setelah keluar dari Istana Kayangan kira-kira jam 1 petang tadi, Khalid memberitahu wartawan bahawa beliau begitu menjunjung kasih dengan nasihat-nasihat yang dititahkan oleh Tuanku Sultan. — Harakahdaily

Related Posts

Kelantan berhak dapat royalti minyak – Ku Li

KOTA BHARU, 28 Jan - Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. (Lihat Klip Video) Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak [...]

JK Disiplin PAS: Kedudukan Hassan Ali, Khalid Samad diputus 29 Januari

KUALA LUMPUR, 22 Jan - Kedudukan dua pemimpin kanan PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Khalid Samad, Yang Dipertua PAS Shah Alam, akan diumumkan 29 Januari ini selepas Jawatankuasa Disiplin PAS membuat keputusan mereka hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang medianya [...]

'Ziarah Kasih' dekati masyarakat malam tahun baru

KOTA BHARU, 31 Dis - Ekspedisi Ziarah Kasih yang telah menjadi program tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat setiap kali menyambut tahun baru, merupakan sumbangan sosial mereka kepada masyarakat tanpa mengira batasan agama dan parti. Ketuanya, Ustaz Nasharuddin Tantawi, bagaimanapun berkata program yang turut mendapat kerjasama Dewan Pemuda PAS setiap [...]

'Dari Port Dickson ke Mongolia', karya terbaru Zunar

KAJANG, 31 Dis - Zunar serta beberapa kartunisnya sedang menghasilkan sebuah buku kartun baru bertajuk 'Dari Port Dickson ke Mongolia' dan dijangka berada di pasaran pertengahan Januari 2010. Produk baru mereka itu dihasilkan setelah dua produk sebelumnya, Gedung Kartun dan Perak Darul Kartun mendapat sambutan hebat dari masyarakat bukan sahaja [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita Online Terkini Terkini. All rights reserved. Brought to you by Mediakini.com Team. Mediakini Group: Berita Online Terkini | Video Semasa Terkini.