Umno Rantau Panjang lumpuh

January 1st 2010 | Posted by editor

RANTAU PANJANG, 31 Dis – Perhubungan Umno Kelantan sehingga kini dikatakan gagal mengambil sebarang langkah menyelesaikan krisis yang berlaku di bahagian Rantau Panjang.

Dua kumpulan yang sedang bertelagah iaitu diketuai Abdullah Mat Yassin dan Dato’ Mohd Zain Ismail kini masing-masing sudah mengisytiharkan ‘perang’.

Ini membuatkan Umno bahagian tersebut menjadi lumpuh daripada melakukan sebarang kegiatan untuk faedah rakyat.

Akibat kemelut yang tidak berkesudahan itu juga, bahagian berkenaan tidak dapat mengadakan sebarang mesyuarat ahli jawatan kuasa bahagian.

Ini kerana ketiadaan kesefahaman di antara kedua-dua kumpulan tersebut.

Anggota jawatankuasa Umno bahagian itu, Wan Yacob Wan Ismail berkata, apakah mereka mahu melihat ratusan cawangan Umno dalam bahagian ini ditutup, baru Umno negeri akan bertindak.

Beliau yang juga bekas Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) yang dipecat memberi amaran tidak teragak-agak akan bertindak meninggalkan parti jika pemimpin atasan menganggap perkara itu tidak penting.

Seorang lagi anggota jawatankuasa bahagian, Mohd Yakob Junoh turut kesal dengan sikap pemimpin Umno negeri, terutamanya Datuk Seri Mustapa Mohamed yang didakwanya tidak menangani kemelut yang berlaku di Rantau Panjang.

“Saya bimbang jika perkara kecil seperti ini tak dapat diselesaikan segera, keadaan keseluruhan Umno Rantau Panjang akan jadi punah,” katanya.

Beliau juga beranggapan hampir keseluruhan keluarga dan rakan-rakan PPM yang dipecat akan terasa tawar hati untuk memberi sokongan kepada Umno.

Katanya, tidak mustahil akan berlaku menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti. Lebih-lebih lagi kalau gesaan diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) diabaikan begitu saja.

Yakob berkata, seiring dengan EGM, pemilihan PPM secara mengundi patut diadakan. “Oleh kerana itu saya sekali mendesak semua PPM yang dilantik Abdullah meletak jawatan supaya pemilihan penghulu akan dibuat melalui pengundian,” katanya.

Sehingga kini team B masih mengadakan majlis penerangan atas nama ‘Pemantapan Umno Bahagian Rantau Panjang’ meliputi Dun Bukit Tuku, Dun Meranti dan Dun Gual Periok.

Sekarang pula beralih ke setiap mukim dengan nama majlis asyura.

–Harakahdaily–

Related Posts

Kelantan berhak dapat royalti minyak – Ku Li

KOTA BHARU, 28 Jan - Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. (Lihat Klip Video) Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak [...]

Khalid perjelas dipanggil Sultan Selangor

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj menitahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad supaya mengusahakan suatu cadangan enakmen berkaitan masyarakat bukan Islam di negeri itu. Penjelasan Khalid itu sekaligus menafikan bahawa beliau dititahkan ke istana disebabkan vokal dalam isu kalimah 'Allah' [...]

JK Disiplin PAS: Kedudukan Hassan Ali, Khalid Samad diputus 29 Januari

KUALA LUMPUR, 22 Jan - Kedudukan dua pemimpin kanan PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Khalid Samad, Yang Dipertua PAS Shah Alam, akan diumumkan 29 Januari ini selepas Jawatankuasa Disiplin PAS membuat keputusan mereka hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang medianya [...]

'Ziarah Kasih' dekati masyarakat malam tahun baru

KOTA BHARU, 31 Dis - Ekspedisi Ziarah Kasih yang telah menjadi program tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat setiap kali menyambut tahun baru, merupakan sumbangan sosial mereka kepada masyarakat tanpa mengira batasan agama dan parti. Ketuanya, Ustaz Nasharuddin Tantawi, bagaimanapun berkata program yang turut mendapat kerjasama Dewan Pemuda PAS setiap [...]

'Dari Port Dickson ke Mongolia', karya terbaru Zunar

KAJANG, 31 Dis - Zunar serta beberapa kartunisnya sedang menghasilkan sebuah buku kartun baru bertajuk 'Dari Port Dickson ke Mongolia' dan dijangka berada di pasaran pertengahan Januari 2010. Produk baru mereka itu dihasilkan setelah dua produk sebelumnya, Gedung Kartun dan Perak Darul Kartun mendapat sambutan hebat dari masyarakat bukan sahaja [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita Online Terkini Terkini. All rights reserved. Brought to you by Mediakini.com Team. Mediakini Group: Berita Online Terkini | Video Semasa Terkini.