Monday, April 23rd, 2018

EPL: Chelsea sia-siakan peluang kukuh kedudukan

Published on December 27, 2009 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

CHELSEA melepaskan peluang untuk mengukuhkan kedudukan mereka selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris selepas sekadar seri tanpa jaringan ketika menentang Birmingham City di Stadium St Andrews malam tadi.

Chelsea memperoleh deretan peluang keemasan bagi merobek gawang tuan rumah, namun penjaga gol Birmingham, Joe Hart berada pada prestasi terbaik bagi menafikan setiap percubaan barisan penggempur The Blues.

Peluang terbaik Chelsea hadir menerusi sepakan percuma pemain pertahanan, Alex tetapi ia sekadar menggegarkan gawang lawan.

Birmingham pula berjaya menggegar jaring Chelsea pada babak pertama menerusi Christian Benitez tetapi gol itu dibatalkan kerana ofsaid.

Dengan keputusan seri itu, Birmingham berjaya melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada 10 perlawanan.

Chelsea pula yang beraksi 10 pemain pada penghujung perlawanan selepas Florent Malouda diperintah keluar padang, masih kekal di tangga teratas liga dengan kelebihan lima mata berbanding pasukan di tangga kedua, Manchester United.

Namun jika United berjaya menewaskan Hull City malam ini, Chelsea yang hanya menang sekali dalam lima perlawanan terakhir mereka akan hanya memiliki kelebihan dua mata berbanding United.

Di Craven Cottage, Fulham berjaya mengikat Tottenham Hotspur dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Di Upton Park, Portsmouth terus terperosok di tangga tercorot setelah tewas 0-2 kepada West Ham.

Alessandro Diamanti membuka tirai jaringan West Ham selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-23 sebelum Radoslav Kovac meledak gol kedua pada penghujung perlawanan.

Sub Topik: , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan