Sunday, June 25th, 2017

Badminton: Chong Wei mara pusingan ketiga

Published on August 26, 2010 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

Chong Wei hanya ambil masa 26 minit atasi Hafiz 21-16, 21-16

LEE Chong Wei menepati status dunia apabila tampil garang menewaskan rakan senegara, Muhammad Hafiz Hashim, semalam untuk mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia.

Jagoan negara berusia 28 tahun itu tidak banyak mengerah keringat apabila memerlukan hanya 26 minit menumbangkan juara Seluruh England 2003 itu 21-16, 21-16 dalam aksi perseorangan lelaki di Stade Pierre de Coubertin, Paris.

Chong Wei akan menentang Rajiv Ouseph dari England, hari ini untuk penentuan merebut tiket ke suku akhir.

Awal pagi semalam, beregu utama negara, Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong layak ke pusingan ketiga menewaskan beregu adik-beradik Republik Czech, Ondrej Kopriva-Tomas Kopriva 21-15, 21-13. Dalam penentuan ke suku akhir nanti mereka berdepan beregu China, China, Chai Bioa-Zhang Nan.

Bekas juara dunia, Taufik Hidayat dari Indonesia turut mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan pemain Taiwan, Hsieh Yu Hsin 19-21, 21-19, 21-9 manakala juara bertahan, Lin Dan dari China turut layak menumbangkan Henri Hurskainen dari Sweden 21-13, 21-15.

Sub Topik: , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan