Monday, April 23rd, 2018

Perlis juara Piala Emas Raja-Raja 2009

Published on December 29, 2009 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

PERLIS muncul juara Piala Emas Raja-Raja 2009 selepas menewaskan Kedah 2-0 dalam aksi final di Stadium Darulaman, malam tadi yang dicemari insiden penonton merusuh.

Insiden keganasan berkenaan mengingatkan kepada perlawanan akhir Piala Malaysia, 7 November lalu antara Kelantan dengan Negeri Sembilan apabila terdapat segelintir penyokong membakar kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan akhir malam tadi turut menyaksikan dua pemain dibuang padang, masing-masing penjaring gol pertama Perlis, Romdhi Zat Jamian pada minit ke-82 dan ketua pasukan Kedah, Fazliata Taib tiga minit kemudian. Laporan Utusan Malaysia pula menyebut tiga pemain dikenakan kad merah iaitu dua pemain Perlis dan seorang pemain Kedah.

Insiden rusuhan penyokong itu memaksa pengadil, Mohd Najib Mohd Said menangguhkan permainan buat seketika.

Romdi dilayangkan kad merah kerana mengasari pertahanan, Muammar Nur Rahim manakala Fazliata diarahkan keluar selepas terbabit dalam insiden bertumbuk.

Romdhi sebelum itu membuka jaringan buat pelawat apabila merembat kencang sepakan sudut Mohd Iqmal Azmi yang gagal dikeluarkan kemas untuk mengejutkan 35,000 penyokong yang membanjiri gelanggang keramat skuad Hijau Kuning itu pada minit keempat.

Peminat tuan rumah terus tergamam pada minit ke-18 apabila Adrian Jurad Chamrong melebarkan jurang buat pelawat.

Adrian Jurad yang lebih dikenali dengan lontaran jarak jauhnya, membuktikan bisa itu juga terletak pada kakinya apabila meledakkan sepakan percuma dari jarak 35 meter.

Kedah banyak menguasai perlawanan namun penjaring terbanyak mereka, Faizal Abu Bakar kerap kali dikecewakan benteng pertahanan yang diketuai kapten, Adrian Jurad.

Sub Topik: , , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan