Sunday, June 25th, 2017

Piala Sultan Selangor 2011: Singapura menang 1-0

Published on October 2, 2011 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

Piala Sultan Selangor 2011HASRAT Pilihan Selangor untuk menghadiahkan trofi Piala Sultan Selangor sempena ulang tahun ke-10 pemerintahan Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak kesampaian apabila tunduk 0-1 kepada Pilihan Singapura di Stadium Shah Alam, semalam.

Bertambah pedih, gol kemenangan Singapura diperolehi menerusi jaringan sendiri Mohd. Asraruddin Putra Omar yang tertanduk ke dalam gawang sendiri pada minit ke-65 selepas G. Jeevananthan gagal menumbuk bola dari kawasan bahaya.

Ini merupakan kekecewaan ketiga berturut-turut Selangor kepada Singapura, malah tahun lalu mereka dibelasah 6-0 dan pada 2009, mereka kalah 3-0 dalam perlawanan di Stadium Jalan Besar.

Jika tidak kerana kecekapan Jeevananthan, penjaga gol pinjaman USM FC, Selangor mungkin sudah tewas dengan jaringan yang lebih besar, malah jentera serangan mereka juga menghampakan, terutama Safee Sali yang beraksi di bawah tahap sebenar.

Kemenangan ini membolehkan Singapura pulang bersama hadiah kemenangan RM50,000, pada ketika Selangor, yang turut membariskan dua pemain import bekas pemain Liverpool, Jason McAtee dan bekas pemain Manchester United, Jesper Blomqvist sekadar meraih RM10,000.

Antara aksi hebat Jeevananthan ialah menyelamatkan dua percubaan berbahaya melalui Hafiz Rahim pada minit ke-35 serta menepis keluar bola rembatan jarak dekat Mohd. Isa Abdul Halim pada minit ke-63.

Biarpun melancarkan serangan bertali arus untuk mencari gol penyamaan, Selangor buntu mendapatkan jaringan dengan beberapa percubaan terutama melalui ketua pasukan, Mohd. Amri Yahyah gagal menemui tindakan penyudah sambil kekebalan pertahanan Pilihan Singapura menjadi penghalang utama. Gol Amri pada minit ke-81 dibatalkan oleh pengadil kerana bola terkena tangan.

Sementara itu, pasukan veteran Selangor memberi sedikit keceriaan kepada penyokong Merah Kuing apabila mengalahkan Singapura 3-1 bagi mempertahankan kejuaraan.

Gol veteran Selangor dijaringkan oleh P. Maniam pada minit ketujuh, dan dua lagi gol menerusi Dollah Salleh pada minit ke-12 dan 39. Jaringan tunggal Singapura pula dihasilkan Abdullah Nor, di minit ke-16.

Sub Topik: , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan