Saturday, June 24th, 2017

Kayveas label Murugiah timbalan menteri haram

Published on December 26, 2009 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

PARTI Progresif Penduduk (PPP), menganggap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, sebagai “timbalan menteri haram” kerana enggan melepaskan jawatannya walaupun sudah dipecat daripada parti itu Jun lalu.

Presiden PPP, Datuk M Kayveas, berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menentukan kedudukan Murugiah yang enggan melepaskan jawatannya sungguhpun pelantikannya dulu dibuat atas kuota PPP.

“Sekarang ini Murugiah adalah seorang timbalan Menteri yang haram…dia bukan lagi ahli PPP dan terpulang kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadapnya,” kata Kayveas pada majlis rumah terbuka Hari Krismas anjuran PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, semalam.

Kayveas berkata, sebelum ini PPP sudah memberi peluang kepada Murugiah untuk mewakili parti dalam kerajaan tetapi beliau telah menggunakan jawatannya dalam kerajaan bagi mencapai cita-cita peribadinya.

Hadir sama pada rumah terbuka itu ialah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

BERNAMA

Sub Topik: , , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan