Sunday, August 20th, 2017

PAS akan tetap laksana Hudud

Published on October 2, 2011 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

KEPALA BATAS 1 Okt. – Pas masih berharap untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini jika pembangkang mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pelaksanaan hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan masyarakat bukan Islam seharusnya tidak perlu risau.

“Pelaksanaan hukum hudud adalah untuk golongan orang Islam, maka ia sebenarnya tidak akan menimbulkan masalah kepada masyarakat bukan Islam.

“Ia dilakukan di mahkamah syariah dan bukan mahkamah sivil untuk semua rakyat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena sambutan ulang tahun ke-60 Pas di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

Dalam pada itu, Nik Aziz memberitahu, pemikiran rakyat di negara ini telah diserap dengan unsur-unsur negatif terhadap hukum hudud sehingga menjadikan mereka prejudis terhadapnya.

“Peliknya rakyat Malaysia boleh menerima pelaksanaan hukuman gantung sampai mati terhadap kesalahan dadah dan senjata api tetapi membantah hukum hudud.

“Hukum hudud tidak menyebabkan orang bersalah mati dan ia bukan sewenang-wenangnya (membenarkan) hakim melaksanakan hukuman mengerat tangan kerana mereka perlu mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan,” ujarnya.

Sub Topik: , , , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan