Sunday, June 25th, 2017

Kanak-kanak maut jatuh dari tingkat lima

Published on September 25, 2011 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

Kanak-kanak maut jatuh dari tingkat lima

Bangunan kuarters IPD Marang tempat Ahmad Safuan
terjatuh dari tingkat 5.

 

MARANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat lima kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Supritendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, mangsa, Ahmad Safuan Syafik Afandi yang mengalami sindrom down dan hiperaktif dipercayai terjatuh kira-kira pukul 7.45 pagi.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas tangan dan kaki kirinya patah dan mengalami kecederaan parah di kepala.

“Sebelum kejadian, ada seorang anggota polis terserempak dengan mangsa di tingkat enam di kuarters berkenaan dan bertanya kepada mangsa, dia hendak ke mana, tetapi mangsa terus berlari ke tingkat bawah,” katanya kepada pemberita.

Sub Topik: , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan