Ah long ganas tembak rumah

December 31st 2009 | Posted by editor

BUKIT MERTAJAM – Jika sebelum ini ceti haram atau ah long menyimbah cat merah di rumah peminjam sebagai ugutan, kini mereka beralih strategi dengan melepaskan beberapa das tembakan ke rumah mangsa.

Itulah yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat yang didiami empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak di Taman Serumpun, Berapit, di sini awal pagi semalam.

Rumah tersebut menjadi sasaran tiga lelaki tidak dikenali yang melepaskan beberapa das tembakan rambang dalam dua kejadian berasingan.

Dalam kejadian pertama yang berlaku kira-kira pukul 2.45 pagi itu, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah rumah berkenaan.

Kemudian kira-kira pukul 6.10 pagi, rumah berkenaan sekali lagi menjadi sasaran apabila seorang lelaki bermotosikal melepaskan beberapa das tembakan.

Bagaimanapun kesemua ahli keluarga di rumah berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kosmo

Related Posts

Mayat bayi dibuang bagai sampah

IPOH – Penduduk Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital di sini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di dalam salah sebuah tong sampah yang terdapat di pangsapuri tersebut. Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mayat bayi yang masih bertali pusat tersebut ditemui seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), [...]

Gerhana bulan selepas sambut tahun baru

PUTRAJAYA - Hanya sejam selepas orang ramai menyambut ketibaan tahun baru tengah malam esok, satu gerhana bulan separa dijangka berlaku bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi. Ia bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada 3.24 pagi. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataannya [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita Online Terkini Terkini. All rights reserved. Brought to you by Mediakini.com Team. Mediakini Group: Berita Online Terkini | Video Semasa Terkini.