'Politik keluarga': Majoriti blogger sokong Husam

January 1st 2010 | Posted by editor

KEBANYAKAN blog pro-PAS, termasuk di kalangan aktivisnya, menyokong ketegasan exco kanan Kelantan mendesak pentadbiran kerajaan dipisahkan daripada kepentingan keluarga.

Walaupun teguran Datuk Husam Musa itu tidak jelas ditujukan kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi penulis-penulis blog itu menyifatkan artikel ‘Malaysia atau diri’ (28 Disember lalu) merujuk perkembangan terkini politik negeri itu.

Penulis yang turut berdiri di belakang Husam, dalam isu ini, termasuklah Mohd Sayuti Omar, penulis politik terkenal yang selalunya kritikal pada bekas naib presiden PAS itu.

“Kalau Husam menegur Nik Aziz dan sesiapa dengan pandangan itu, tujuannya tidak lain untuk menjaga PAS dan kerajaan Kelantan.

“Saya tidak fikir dia ada udang di sebalik batu dan mengharap sesuatu untuk dirinya dengan teguran itu,” kata pengamat politik kelahiran Kelantan itu di blognya Merah Tinta.

“Saya bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh Husam. Kebimbangan Husam itu, adalah juga kebimbangan saya malahan itulah yang telah saya suarakan sebelum ini.”

Seperti tanggapan beberapa blog lain, seorang pemimpin PAS Wilayah Persekutuan pula menyifatkan teguran Husam itu sebagai keberanian baru setelah lama berdiam diri.

“Daripada berdiam diri yang membawa diri jadi tertekan, lebih baik bersuara walaupun dirasakan akan ada geruh bakal berlaku,” kata Mohamad Nazir Zakaria.

“Alang-alang mandi biar basah, seluk ikan pekasam biar sampai ke pangkal bahu.”

Seorang bekas pegawai mantan menteri besar Perak, Anuar Hashim, turut melontarkan sokongan bersama Husam di blognya Perakite semalam.

“Sikap pengaruh keluarga mencampuri urusan pentadbiran negeri adalah satu tragedi politik yang maha negatif.

“Lantaran mungkin sudah tidak mampu berdiam diri lagi, maka akhirnya Husam mulai bersuara yang juga memungkinkan (kerjaya politik) beliau sendiri terkambus dengan sendirinya.

“Memang seseorang perlu membuat teguran dan malanglah bagi Husam kerana terpaksa memulakannya,” Anuar dalam artikel ‘Kadok sudah mula naik junjung’.

Menulis di blognya Cetusan Hati, Husam menggesa pemimpin sesebuah kerajaan, termasuk PAS, memisahkan hal-ehwal pentadbiran daripada kepentingan kekeluargaan.

Dengan mengungkit semula betapa negatifnya isu tersebut pernah melanda mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, Husam menyeru agar wujud pemisahan jelas dua bidang tersebut.

“Politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar (BN) tahun 2004 tidak berulang.

“Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihan raya 2008,” coretnya.

“Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah pemegang kepentingan yang lebih penting daripada pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.”

Mengulas kontroversi berlarutan di Kelantan berhubung gelagat keluarga Nik Abdul Aziz, penulis blog Ummu Asiah berharap ia akan segera diselesaikan kerana ia boleh memusnahkan “tiang seri PAS”.

“Membaca tulisan yang akhirnya diluahkan juga oleh Husam walau mungkin telah lama dipendam menambahkan lagi resah di dada dan duka lara yang ada,” kata pemiliknya Nashita Md Nor, seorang aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

“Kita terus-menerus menanti pengakhiran kepada episod drama yang sungguh tidak ingin kita lihat untuk terjadi sejak dari awal.

“Moga mimpi ngeri ini segera berakhir, dan anak menantu jangan lagi menambah luka-luka yang sedia ada dan bernanah ini.”

Bekas pemimpin Pemuda PAS Aris Awang pula menyambut baik teguran Husam itu dengan menyifatkan ADUN Salor masih tekal dengan idealismenya sebelum berjawatan dalam kerajaan.

“Husam pun (seperti saya) setelah aku baca tulisannya yang terbaru, fikirannya masih sama ketika belum memerintah dan selepas memerintah,” katanya, kini setiausaha PAS Kuala Kedah.

“Cuma aku harapkan fikiran itu bukan kembali sama seperti dahulu setelah melihat hujung terowong semakin gelap di kehidupan dunia ini (sudah tentu tidak begitu bagi seorang pejuang Islam yang yakin dengan maalikiyau middiin).

“Semoga pemuda dan pemudiku yang telah memegang jawatan hasil daripada kemenangan kita dalam pilihan raya (umum) yang lalu akan terus sama berfikir dan bertindak seperti dahulu juga, seperti aku dan Husam.”

–Malaysiakini–

Related Posts

Keputusan Pemangku Raja Kelantan tidak boleh dicabar – Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra hari ini gagal dalam percubaannya untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar keputusan kekandanya, Tengku Muhammad Faris Petra yang melucutkannya daripada senarai bakal pewaris takhta. Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa keputusan yang dibuat oleh [...]

Ku Li setuju ketuai Kaukus Royalti Kelantan

AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju untuk mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang. Beliau pada masa sama berkata, fungsi kaukus tersebut seharusnya diperluaskan dengan mengkaji semula kedudukan dan hak negeri-negeri sebagai anggota kepada Persekutuan Malaysia. “Saya sedia [...]

Kelantan berhak dapat royalti minyak – Ku Li

KOTA BHARU, 28 Jan - Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. (Lihat Klip Video) Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak [...]

Kelewatan Tengku Fakhry fail semakan dipertikai

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra (atas) dibenarkan mencabar perintah kekanda sulungnya yang juga Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, membatalkan pelantikannya sebagai ahli Majlis Perajaan Negeri, tidak dapat diputuskan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan & [...]

Mentua buat laporan polis, desak Dr Rosli Allani, pasangan ditahan

KOTA BHARU: Mentua kepada bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abdull Kadir, 35, semalam membuat laporan polis dan menuntut supaya beliau dan pasangannya, isteri kedua, IIyani Mohd Noor, 30, segera ditahan kerana melanggar perintah mufaraqah. Ahli perniagaan, Mohd Noor Che Man, 58, berkata beliau menyerahkan kepada [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita Online Terkini Terkini. All rights reserved. Brought to you by Mediakini.com Team. Mediakini Group: Berita Online Terkini | Video Semasa Terkini.