Wanita PKR sokong gesaan Khalid tukar ulama Jais

January 22nd 2010 | Posted by editor

Wanita PKR menyokong gesaan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad supaya pentadbiran Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ditukar dengan ulama yang “bebas daripada fahaman politik”.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, gesaan Khalid itu senada dengan pandangannya yang pernah disuarakan pada 1 November lalu di Parlimen, termasuk meminta kedudukan Pengarah Jais Datuk Mohd Khusrin Munawi dinilai semula.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini hari ini, ahli parlimen Ampang itu membayangkan dua badan agama itu ‘menganiayanya’ berikutan cadangannya dua bulan lalu itu.

Beliau mendakwa, Jais menyenaraihitamkan namanya, termasuk mengeluarkannya sebagai ahli panel daripada sebuah forum keagamaan malam esok di Klang.

“Saya difahamkan oleh penganjur bahawa nama saya dikeluarkan oleh Jais tanpa alasan, dan mereka enggan menyatakannya dalam bentuk hitam-putih (bertulis),” katanya.

“Bagaimanapun, saya akan tetap hadir dan lihat apa yang terjadi. Saya percaya Jais kembali kepada saya ekoran penglibatan saya dalam kes bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.”

Zuraida antara pemimpin politik yang menghadiri kuliah mufti kontroversi itu ketika beliau ditangkap atas dakwaan mengajar tanpa tauliah hujung tahun lalu.

Rancang menghadap Sultan Selangor

Zuraida selepas itu konsisten mengecam tindakan tersebut.

Zuraida juga berkata, seperti Khalid, beliau juga merancang menghadap Sultan Selangor dalam masa terdekat bagi mencadangkan pertukaran pentadbiran Jais dan Mais.

Semalam, Khalid mengulangi desakan supaya pentadbiran Jais dan Mais ditukar dengan mereka yang berpengetahuan agama, yang bebas dari kefahaman politik selain politik Islam.

Katanya ramai ulama yang berpengalaman seperti Daeng Sanusi Daeng Mariok, Datuk Ismail Kamus dan Datuk Haron Din, boleh diberi peluang untuk menerajui pentadbiran baru.

Khalid yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Selangor mengadap Sultan Selangor pagi ini. Isu itu dijangka dibangkitkan dalam pertemuan empat mata dengan baginda. — Malaysiakini

Related Posts

Saman RM800 juta: Kerajaan Kelantan akan fail rayuan

KERAJAAN negeri Kelantan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang memerintahkannya membayar RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan. "Kita akan minta peguam kita lihat keputusan ini dan kita akan buat rayuan," kata Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa. Kerajaan negeri itu semalam (Rabu) [...]

Siswa UM bantah yuran kolej kediaman naik

KIRA-kira 50 mahasiswa Universiti Malaya (UM) berkumpul di pejabat asrama Kolej Kediaman kelapan - Kolej Kinabalu - untuk menuntut penjelasan berhubung kenaikan yuran kolej kediaman bagi semester ini, semalam. Pihak pentadbiran telah menaikkan yuran kolej kediaman sebanyak RM200 lagi dan menjadikan jumlahnya meningkat kepada RM1,400. Exco kolej [...]

'Politik keluarga': Majoriti blogger sokong Husam

KEBANYAKAN blog pro-PAS, termasuk di kalangan aktivisnya, menyokong ketegasan exco kanan Kelantan mendesak pentadbiran kerajaan dipisahkan daripada kepentingan keluarga. Walaupun teguran Datuk Husam Musa itu tidak jelas ditujukan kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi penulis-penulis blog itu menyifatkan artikel 'Malaysia atau [...]

Husam nafi artikel di blog sindir Tok Guru

DATUK Husam Musa, yang menggesa pentadbiran kerajaan dipisahkan daripada kepentingan keluarga, menafikan tegurannya ditujukan kepada menteri besar Kelantan. Exco kerajaan Kelantan itu berkata tulisan dalam blognya 'Malaysia atau diri' kelmarin "bukan bermaksud menuding sesiapa, apa lagi kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat", lapor media rasmi [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita Online Terkini Terkini. All rights reserved. Brought to you by Mediakini.com Team. Mediakini Group: Berita Online Terkini | Video Semasa Terkini.