Tengku Fakhry lewat fail permohonan cabar keputusan Tengku Faris

January 1st 2010 | Posted by editor

KUALA LUMPUR 31 Dis – Keputusan sama ada Tengku Temenggong Kelantan dibenarkan untuk mencabar perintah kekandanya yang melucutkan beliau daripada senarai bakal pewaris takhta, tidak dapat diputuskan memandangkan Mahkamah Tinggi di sini perlu mendengar isu lain yang dibangkitkan hari ini.

Dalam prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md Yusof, mahkamah diberitahu bahawa Tengku Muhammad Fakhry Petra sebenarnya telah terlewat memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran membuat semakan kehakiman.

Peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra berkata, permohonan tersebut dikemukakan oleh Tengku Muhammad Fakhry selepas 82 hari beliau disingkirkan daripada senarai bakal pewaris takhta.

Walhal menurutnya, Tengku Muhammad Fakhry hanya mempunyai masa untuk memfailkan tindakan itu selama 40 hari berkuat kuasa dari tarikh penyingkirannya pada 16 September lalu.

Sehubungan itu, Cecil memohon supaya permohonan Tengku Muhammad Fakhry untuk mendapatkan tempoh lanjutan masa dapat didengar secara inter parte (antara pihak) dan bukannya secara ex-parte (sebelah pihak).

”Lanjutan masa adalah isu mengenai bidang kuasa dan mahkamah perlu memutuskannya selepas mendengar hujahan secara inter parte,” kata Abraham.

Selain menegaskan permohonan tersebut perlu dibenarkan apabila terdapat alasan yang munasabah, Abraham berpendapat, kes itu perlu diputuskan berlandaskan nas dan prinsip undang-undang yang pernah diputuskan oleh mahkamah di negara ini.

Bagi beliau, sekiranya permohonan didengar sebelah pihak ia akan menyebabkan prejudis terhadap pihaknya.

Peguam K. Shanmuga yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry ketika membalas hujah bagaimanapun membantah permohonan Pemangku Raja Kelantan.

Ini kerana menurut Shanmuga, mahkamah boleh mendengar permohonan secara ex-parte dan bukannya kedua-dua belah pihak seperti yang dimohon oleh Cecil.

Shanmuga menjelaskan, beliau memfailkan permohonan tersebut pada 7 Disember lalu selepas menerima surat jawapan daripada Setiausaha Majlis Perajaan Kelantan bertarikh 26 Oktober 2009.

Oleh itu, menurut Shanmuga, beliau hanya terlewat dua hari iaitu selepas tamatnya tempoh 40 hari setelah menerima surat jawapan bertarikh 26 Oktober.

Selepas selesai mendengar hujah, Hakim Mohamad Ariff menetapkan 12 Januari ini untuk membuat keputusan berhubung isu kelewatan masa memfailkan permohonan itu.

Tengku Muhammad Fakhry, 31, yang juga suami kepada Manohara Odelia Pinot mengemukakan permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Tengku Muhammad Faris yang melucutkan keanggotaannya daripada Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

–Utusan Malaysia–

Related Posts

Keputusan Pemangku Raja Kelantan tidak boleh dicabar – Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra hari ini gagal dalam percubaannya untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar keputusan kekandanya, Tengku Muhammad Faris Petra yang melucutkannya daripada senarai bakal pewaris takhta. Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa keputusan yang dibuat oleh [...]

Ku Li setuju ketuai Kaukus Royalti Kelantan

AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju untuk mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang. Beliau pada masa sama berkata, fungsi kaukus tersebut seharusnya diperluaskan dengan mengkaji semula kedudukan dan hak negeri-negeri sebagai anggota kepada Persekutuan Malaysia. “Saya sedia [...]

Kelantan berhak dapat royalti minyak – Ku Li

KOTA BHARU, 28 Jan - Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. (Lihat Klip Video) Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak [...]

Kelewatan Tengku Fakhry fail semakan dipertikai

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra (atas) dibenarkan mencabar perintah kekanda sulungnya yang juga Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, membatalkan pelantikannya sebagai ahli Majlis Perajaan Negeri, tidak dapat diputuskan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan & [...]

Mentua buat laporan polis, desak Dr Rosli Allani, pasangan ditahan

KOTA BHARU: Mentua kepada bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abdull Kadir, 35, semalam membuat laporan polis dan menuntut supaya beliau dan pasangannya, isteri kedua, IIyani Mohd Noor, 30, segera ditahan kerana melanggar perintah mufaraqah. Ahli perniagaan, Mohd Noor Che Man, 58, berkata beliau menyerahkan kepada [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita Online Terkini Terkini. All rights reserved. Brought to you by Mediakini.com Team. Mediakini Group: Berita Online Terkini | Video Semasa Terkini.